5 potongan rambut paling popular 2021. No 5 tu ramai yang tak sangka!

1. Top Crop

Top crop mungkin kedengaran agak ganjil bagi sebahagian pembaca tetapi gaya ini amat sesuai bagi mereka yang berambut serdahana panjang dan mahukan penampilan yang minimalis tetapi kekal terletak. Gaya ini mempunyai sedikit perbezaan dengan Crew Cut – seperti gaya James Bond, iaitu bahagian tepi Top Crop kebiasaannya dipendekkan dengan teknik Fade.

2. Side part

Gaya potongan rambut ini sangat sesuai dengan semua panjang rambut dan jenis rambut. Ia menggunakan teknik “low cut” dan menyimpan sedikit rambut di bahagian tepi kepala. Gaya professional klasik ini tak lapuk dek zaman dan sesuai digayakan dan mampu menaikkan seri wajah si penggaya.

“Sidepart” juga sesuai digabungkan bersama potongan yang lain. Selain itu, mereka yang berambut kerinting juga dapat menggayakan potongan ini.

3. Faux Haux

Faux Haux merupakan pilihan sesuai bagi jejaka yang mahukan gaya “messy look” dan “rebellious”. Potongan yang pendek dibahagian tepi dan serdahana panjang dibahagian atas memberikan kebebasan kepada penggaya untuk mengekspresi diri melalui gaya rambut mereka.

4. Man Bun

Gaya rambut ini adalah pilihan yang sesuai bagi mereka yang mahukan penampilan ala ala bad boy dan mahu menyimpan rambut panjang.

Gaya rambut ini menjadi popular di Malaysia melalui drama bersiri Sweet Dreams yang dilakonkan Ben Amir dan Mira Filzah. Watak Qash yang berambut panjang dan diikat sebahagian rambutnya lakonan Ben Amir menjadi gilaan wanita Malaysia kerana kelihatan “bad boy” dan bergaya.

5. Bald Fade

Mungkin ini kedengaran pelik, tetapi potongan gaya rambut ini memberikan aura yang lebih maskulin kepada pengayanya. Malahan jika si penggaya berbadan tegap dan sasa ia dapat menambahkan ke-macho-an seseorang lelaki itu. BOTAK tidaklah semestinya bermaksud tiada rambut atau botak licin

Source: https://www.thetrendspotter.net/popular-mens-haircuts/

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required

Register or Login with