Cara memilih hairstyle dengan bentuk muka. 5 langkah mudah je!!

Pernah atau tidak terjadi kepada anda situasi dimana setiap kali mencuba gaya rambut yang baru di kepala sendiri dan anda kecewa dengan hasil yang anda dapat? Kemungkinan ini kerana pemilihan gaya rambut itu tidak sesuai dengan bentuk muka anda. Jangan salah faham, anda bukan tidak hensem atau tiada rupa hanya gaya itu kurang sesuai dan tidak mampu menonjolkan aura anda.

Mari kita belajar caranya:

Peringatan: Pastikan anda lakukan dihadapan cermin bagi mendapatkan ukuran yang tepat.

1. Alatan.

Sediakan alatan yang diperlukan.
• Pita pengukur fleksibel
• Buku catatan

2. Ukuran dahi.

Ukur luas dahi. Letakkan pita pengukur antara garisan rambut dan bulu kening. Ukuran dikira diantara garisan rambut kiri dan kanan dan panjang tersebut dicatatkan.

3. Ukuran antara tulang pipi.

Ukur jarak antara dua puncak pipi. Ukuran diambil antara dua puncak pipi yang dibawah bucu luar setiap mata dan dicatat ukuran tersebut.

4. Ukuran tulang rahang.

Ukur sepanjang dari tengah dagu (samada kiri atau kanan) sehingga ke hujung rahang yang berada dibawah telinga mengikur “jawline”anda. Kemudian didarab dua bagi mendapatkan jumlah panjang sebenar dan rekod ukuran tersebut.

5. Ukuran panjang muka.

Letakkan pita di tengah muka bermula dari garisan rambut hingga ke bucu dagu. Perbezaan panjang muka antara muka segi empat sama (square) dan segi empat tepat(rectangle/oblong) adalah 2 inci.

• Oval: Ukuran panjang muka lebih panjang dari lebar pipi manakala ukuran dahi yang lebih panjang dari rahang. Bentuk rahang lebih berbentuk bujur berbanding tajam.

• Square: Kesemua ukuran lebih kurang serupa dan rahang berbentuk tajam.

Rectangle / Oblong: Panjang muka adalah yang paling panjang dan ukuran yang lain adalah sama.

Round: Tulang pipi dan panjang muka mempunyai ukuran yang serupa. Keduanya lebih besar dari dahi dan garis rahang, yang juga mempunyai ukuran yang serupa. Sudut rahang lembut dan kurang jelas.

Diamond: Panjang muka mempunyai ukuran yang paling panjang. Manakala jarak pipi lebih panjang dari luas dahi dan panjang rahang adalah paling pendek. Mempunyai dagu yang runcing.

Heart: Luas dahi lebih besar berbanding pipi dan rahang. Mempunyai dagu yang runcing

Triangle: Rahang lebih panjang berbanding pipi dan dahi paling kecil.

Tips pemilihan gaya rambut:

• Oval
Kebanyakkan gaya rambut sesuai bagi bentuk muka ini dan cuba elakkan gaya “bang” yang menutup dahi.

• Square
Bentuk ini antara yang dikatakan bentuk ideal maskulin dan sesuai digayakan semua gaya rambut daripada yang berukuran pendek sehingga panjang. Gaya klasik dan kemas jika ditambahkan teknik “fade” melengkapi bentuk muka ini. Ia menonjolkan garis rahang dan tekstur wajah.

• Rectangle / Oblong
Bentuk muka ini memerlukan sedikit ketilitian dalam pemilihan potongan dan gaya rambut supaya tidak menyebabkan muka kelihatan lebih panjang. Pastikan memilih potongan yang lebih seimbang dibelah atas dan tepi. Bagi mereka yang berjambang, jambang yang nipis sangat sesuai dengan bentuk muka ini.

• Round
Gaya dengan sedikit “volume” dibahagian atas dan sedikit “sidepart” sangat sesuai dengan bentuk muka ini. Jika mahu berjambang juga ia sesuai untuk menonjolkan bentuk muka yang tajam.

• Diamond
Gaya rambut yang menonjolkan bahagian dahi dan dagu sesuai untuk anda yang mempunyai bentuk muka ini. Rambut yang ada “volume” dan “layer” sesuai untuk menutup tulang pipi yang lebar. Jangan terlalu pendek dibahagian tepi kerana ia akan membuatkan telinga anda kelihatan besar.

• Heart
Rambut yang serdahana panjang yang disesuaikan bersama gaya rambut bertekstur amat sepadan dengan mereka yang mempunyai bentuk wajah ini. Ini kerana ia dapat menghasilkan ilusi yang menampilkan wajah yang lebih berkadaran seimbang.

• Triangle
Gaya rambut serdahana panjang sesuai untuk menambahkan intensiti kepada bentuk muka dan jika digabungkan dengan jambang yang nipis ia mampu menonjolkan aura macho kepada jejaka tersebut.

Source: https://www.fashionbeans.com/2017/how-to-determine-your-face-shape/

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required

Register or Login with