Harga gunting Mizutani RM 4,000 TAK MASUK AKAL!! KENAPA?

Percaya atau tidak jenama ini menghasilkan gunting yang berharga lebih daripada RM 4,000 hanya untuk sepasang!! Mari kenali serba sedikit mengenai jenama ini.

Jenama ini bernaung di bawah syarikat Mizutani Scissors MFG. Co. Ltd yang diasaskan oleh Yoriji Mizutani pada tahun 1921 di Asakusa, Tokyo, seorang pandai besi yang berazam untuk mencipta sepasang gunting yang terbaik untuk pengayaan rambut

Keinginan pengasas ini untuk mencipta sepasang gunting yang tajam dan tahan lasak tapi dalam masa yang sama ia senang digunakan. Paling menarik, pekerja pertama mereka adalah seorang pembuat pedang samurai – yang memang terkenal dengan disiplin dan ketelitian mereka yang tinggi dalam menempa besi dan ketahan hasil kerja mereka.

Selepas 100 tahun, jenama ini masih kekal menjadi pilihan para pengunting rambut professional diserata dunia. Jadi apa sebab jenama ini begitu mahal dan masih menjadi pilihan ramai?

1. 3 bulan tempoh penghasilan

Setiap bilah gunting yang dihasilkan merupakan 100% hasil buatan tangan pakar di kilang Mizutani. Bermula dari pemotongan kepingan besi sehingga ke polishing.

Setiap bilah akan melalui 30 langkah pembuatan bagi memastikan setiap bilah yang dihasilkan adlah berkualiti tinggi.

2. Estetik (handmade)

Kecantikan dan ketelitian dalam setiap pembuatan bilah gunting Mizutani memberikan nilai sentimental kepada pengguna. Lebih – lebih lagi ia merupakan hasil buatan tangan oleh pakar yang diiktiraf di kilang pembuatan terletak di Chiba,Jepun . Setiap hasil tangan ini akan diberi no siri.

3. R&D

Jenama ini sentiasa menjalankan penambahbaik dan naik taraf di dalam setiap pasangan gunting yang di jual dari semasa ke semasa. Bahan mentah yang digunakan di dalam pembuatan pembuatan produk mereka juga berkualiti premium seperti Nano Powder Metal®, DAMA®, Stellite Alloy®, Molybdenum Alloy® dan Cobalt Alloy Extramarise.

Terdapat juga kajian yang dilakukan terhadap perbezaan hasil rambut yang dipotong dengan menggunakan gunting berjenama Mizutani dan jenama lain. Hasil kajian ini mendapati helaian rambut yang dipotong dengan menggunakan gunting Mizutani lebih terpelihara berbanding menggunakan jenama lain

4. Ketahanan

Ketahanan juga salah satu factor mengapa ia begitu esklusif dan diminati ramai. Penggunaan aloi dan besi berkualiti tinggi memberikan kekerasan kepada bilah gunting tersebut dan kejituan dalam pemotongan rambut

Setiap bilah yang dihasilkan mempunyai fungsi yang berlainan mengikut siri penghasilan. Sebagai contoh siri “Sword” fokus kepada ”point cut”.

5. KEPUASAN PENGGUNA

Selain mampu memberikan kejituan dalam pemotongan rambut, gunting Mizutani juga memberikan keselesaan kepada penggunanya dan tidak menyebabkan tangan melecet disebabkan penggunaan yang berterusan. Ini adalah hasil R&D yang dilakukan oleh syarikat Mizutani dalam memberikan kepuasan dan kualiti yang terbaik kepada pelangan mereka.

Jenama ini juga menawarkan pilihan pengubahsuaian kepada pelanggan mereka mengikut tangan dominan mereka samada dibelah kiri atau kanan.

6. Khidmat Pelanggan

Setiap bilah yang telah dibeli juga didatangi dengan pakej perkhidmatan selepas jualan yang mantap daripada syarikat ini sendiri. Antara contoh perkhidmatan yang ditawarkan adalah mengasah, penyelenggaraan dan waranti seumur hidup.

Comments (1)

  1. Gunting geng geng kayangan

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required

Register or Login with