Pomade, wax, gel, clay, powder… Itu sahaja sudah membuat kita pening mengenai penggunaannya. Setiap produk mempunya fungsi tersendiri. Tidak boleh memakai satu produk untuk semua jenis rambut atau semua jenis hairstyles.
Tujuh perkara yang perlu difahami menngenai produk rambut yang anda bakal beli:
1. Jenis/keadaan rambut yang sesuai:
– Rambut kerinting atau lurus.
– Rambut tebal atau nipis.
2. Panjang rambut:
– Pendek, serdahana atau panjang
3. Senang/susah untuk basuh:
– Skala 1 – 5 : 1 paling susah di basuh & 5 paling senang.
4. SHINE / MATTE:
– Ini ialah ke-kilatan produk tersebut. Jika High Shine, maksudnya memang berkilat, maka jika Matte, maksudnya tidak berkilat.
5. HOLD:
– Ini ialah kekuatan produk tersebut untuk memegang rambut. Tidak semestinya Strong/High Hold adalah terbaik. Kekuatan HOLD sepatutnya ditentukan berdasarkan keadaan rambut (keriting atau lurus) dan juga jenis hairstyle yang diinginkan.
6. TEXTURE:
– Ini ialah rupa dan kelikatan produk tersebut. Ini biasanya akan menentukan hairstyle yang diperlukan menjadi. Contoh: Untuk buat casual hairstyle, Pomade tidak digalakkan kerana Texture pomade amat likat, membuatkan tidak nampak casual.
7. Cadangan hairstyle:

Pomade
Jenis/keadaan rambut yang sesuai: Lurus dan dipakai semasa rambut kering.
Panjang rambut: Pendek Dan Serdahana.
Senang/susah untuk basuh: 5/5 (paling senang dibasuh). Bilasan air sahaja.
Fungsi: Untuk hairstyle yang kemas dan rapi. Ini kerana, texture pomade akan membuatkan setiap helai rambut melekat antara satu sama lain.
Texture: Likat dan melekit.
Shine: High
Hold: Strong / Firm
Cadangan Hairstyle: Seperti gambar diatas.

Wax
Jenis/keadaan rambut yang sesuai: Lurus dan dipakai semasa rambut kering.
Panjang rambut: Serdahana dan serdahana panjang.
Senang/susah untuk basuh: 3/5
Fungsi: Juga sesuai digunakan untuk gaya rambut yang memerlukan penggunaan sikat seperti classic side part, pompadour atau ducktails.
Texture: Bersifat lebih lembut dan kurang melekit berbanding pomade.
Shine: Rendah
Hold: Strong/Firm
Cadangan hairstyle: Seperti gambar diatas.

Clay
Clay adalah versi pomade yang lebih likat dan cenderung untuk mempunyai pegangan yang lebih kuat. Teksturnya yang kurang melekit memberikan efek matte kepada rambut.
Jenis/keadaan rambut yang sesuai: Lurus dan dipakai semasa rambut kering.
Panjang rambut: Pendek dan serdahana.
Senang/susah untuk basuh: 3/5
Fungsi: Memberi kesan volume kepada rambut pengguna dan gaya rambut yang kekal sepanjang hari.
Texture: Likat.
Shine: Matte
Hold: Strong / Firm
Cadangan Hairstyle: Seperti gambar diatas.

Styling Powder
Powder adalah salah satu produk rambut yang terbaru dibawa masuk di Malaysia. Teksturnya yang tidak melekit dan ringan menjadi pilihan ramai yang mahu kelainan dan yang rimas dengan rasa melekit di tangan dan kepala mereka.
Jenis/keadaan rambut yang sesuai: Universal.
Panjang rambut: Pendek dan serdahana.
Senang/susah untuk basuh: 4/5
Fungsi: Memberi kesan volume dan gaya yang kekal lama.
Texture: Serbuk tanpa kesan putih.
Shine: Matte
Hold: Strong/firm.
Cadangan Hairstyle: Seperti gambar diatas.
hi!,I love your writing so a lot! proportion we keep up a correspondence more approximately your post on AOL?
I need a specialist on this space to unravel my problem.
May be that is you! Looking ahead to peer you.
I’m not that much of a online reader to be honest but your
sites really nice, keep it up! I’ll go ahead and bookmark your site to come back in the future.
All the best