“Two block hairstyle” – Potongan dan penggayaan gaya OPPA KOREA

Two block” mungkin kedengaran janggal di Malaysia tetapi pernahkah anda mendengar rambut belah tengah? Iya betul, ia didalam kategori yang sama tetapi dengan sedikit perubahan cara penggayaan. Potongan gaya rambut ini merupakan versi “undercut” yang telah ditambahbaik dan dipopularkan oleh masyarakat korea. Mari kenali cara penggayaan pula:

1.Perm

Gaya rambut ini adalah variasi Bowl cut yang telah dimodenkan dengan menambahkan sedikit kerinting ataupun beralun dibahagian rambut depan.

perm

2. Rounded Bang / Long Top Short Side

Ini antara gaya yang biasa digayakan oleh jejaka korea. Hasil potongan “Two-block cut” rambut digayakan dengan cara dibawa ke depan dan menutup sebahagian dahi. Side-burn kebiasaannya dipotong pendek – tidak dicukur. Gaya ini sesuai bagi mereka yang mahu penjagaan rambut yang tidak renyah.

3. Side-part

Gaya ini menggabungkan teknik “Two-block cut” dan “Low fade” dan digayakan samada dengan cara ”Slickback” ataupun disikat ketepi. Si penggaya dapat memberikan aura professional dan berkelas.

4. Extended fringe

Gaya ini merupakan variasi “Bowl Cut” yang membiarkan “sideburn” panjang dan hanya dipangkas sedikit mingukut kesesuaian. Gaya ini sesuai digayakan di dalam acara rasmi dan formal.

5. Textured slickback

Korean man hairstyle textured slickback

Gaya rambut yang memberikan imej ranggi tetapi kemas ini mengabungkan teknik “low cut” dan rambut di bahagian atas dinipiskan sedikit bagi memberi efek “spike” di rambut si penggaya.

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required

Register or Login with