Jenis – Jenis Gunting Rambut Barber

Apabila berbicara mengenai jenis – jenis gunting rambut pasti ramai yang tidak tahu gunting rambut juga mempunyai jenis-jenis yang berbeza termasuk fungsinya. Mari kenali jenis-jenis gunting dan fungsi nya.

1. Short-Bladed Scissors

Gunting jenis ini digunakan untuk gaya guntingan biasa yang tidak memerlukan banyak styling. Gunting yang berukuran diantara 4 – 5.5 inci diketegorikan sebagai Short-bladed dan paling biasa digunakan dan mempunyai harga yang murah. Kategori ini sesuai digunakan oleh pendandan rambut yang bertangan kecil kerana ia ringan dan mampu memberikan kawalan yang baik.

2. Long-Bladed Scissors

Sebarang gunting berukuran 6 – 7 inci diklasifikasikan sebagai Long-bladed Scissors. Teknik “Scissors over comb” memerlukan gunting untuk menutup kawasan permukaan rambut yang lebih besar untuk menggunting kesemua rambut dengan sekali gunting.

Gunting jenis ini dapat menghasilkan guntingan yang lurus dan sekata. Ia juga sesuai dengan teknik “blunt cutting”. Bilahnya yang panjang memberikan beban yang lebih dan tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai tegangang di tangan.

3. Blending / Texturizing Scissors

Mempunyai rupa bentuk yang sama dengan gunting biasa tetapi mempunyai ‘gigi’ di satu bilahnya. Jenis ini kebiasaanya mempunyai 7 – 16 ‘gigi’. Bertujuan untuk menipiskan gumpalan rambut tanpa memgurangkan panjangnya. Mereka yang tidak berpengalaman tidak digalakkan menggunakan gunting jenis ini kerana ia memerlukan ketelitian semasa menggunting.

Jumlah gigi yang terdapat di gunting jenis ini akan menipiskan rambut sedikit semi sedikit. Ia memberikan kawalan yang lebih baik dan ketepatan dalam memberi tekstur kepada rambut.

4. Thinning Scissors

Jenis ini kerap kali terdapat kekeliruan dengan Texturing scissors. Berbeza dengan texturizing scissors yang mempunyai jarak yang luas antara gigi, thinning scissors mempunyai bilangan gigi yang bnyak dan rapat dikedua belah bilahnya. Jenis ini mempunyai gigi melebihi 25 gigi bergantung kepada penghasilnya.

Thinning scissors mempunyai peratusan guntingan yang lebih tinggi di dalam setiap guntingan. Ini mampu menjimatkan masa dan tenaga semasa menipiskan rambut.

5. Swivel Scissors

Gunting jenis ini mempunyai pemegang yang berputar yang memberikan kebebasan semasa menggunakannya. Gunting ini mempunyai tempat ibu jari yang lebih pendek dan sedikit bersudut untuk pergerakkan yang lebih natural.

Sangat sesuai digunakan bagi mereka yang mengalami carpal tunnel syndrome.

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required

Register or Login with